Novel Kesukaan Kecantikan Review

Encik Abangku Romantik


kelmarin done novel Kau Pemilik Hati kan kan . hari nie done pulak Encik Abangku Romantik pula . novel nie kalau tak , nak beli dekat Pacific hari tuu . tapi umakyay awat dia letak rak paling atas tuu . memang kompen aku tak sampai . nak suruh Dia ambil malu kau tahu . geng budak sekolah duk lepak area tuu . pada pada laa law tak nak beli novel . boleh pergi baca dekat situ sampai kakak Popular ushar pelik dah . macam macam ragam betul . last dapat jugak beli dekat Hasani , Carrefour . 

bermula jam 11 malam stop jam 3 sebab mata tak tahan sangat dah . dengan hujan lebat dekat luar . guruh detum detum . dengan baju haku basah sebab kena tempias hujan . gatal lagi sandar badan dekat tingkap . pheww . sambung balik jam 12 tadi sampai jam 5.30 petang tadi . yeay ! nak cari novel baru pula nanti . 

*************************************************************************************************

baru mula baca novel nie . dah gelak gelak macam beruk mayee dapat pisang kau tahu . semput aku baca . dengan pipi cekang terus . susah nak bawa turun balik . biasalah . dengan suasana hujan lebat . feeling habes semua . naseb laa takdak makhluk lain yang join aku ketawa yang tak pandai nak cover nie . kahkahkah . 

kisah mengenai Widelia . berbelit belit lidah aku sebut umakyay . awat bubuh nama nie taktaw . perangai yang happening memanjang dan paling paling paling penting kasar gila dan mulut takdak insurans . Hero dia Haikal . haa kan senang nak sebut nama mamat nie . mestilah handsome kan dalam novel pun . dan kuat perasan habes semua ambil dekat dia . 

macam aku cakap . awai awai baca dah gelak macam beruk mayee . memang ah . mama Widelia , Datin Hamidah suka jodohkan anak anak dia dengan pilihan hati dia . bagi dia , dia saja betul . Widelia pula budak degil memang dia bangkang gila pendapat mama dia . lagi kesian dengan kakak kakak dia . ada yang bahagia ada yang tak bahagia . terjadilah satu cerita tuu . hujung minggu mama wid nak perkenalkan wid dengan anak kawan mamanya . kau tahu dia make up macam Zombie . celak kening tebal . eye shadow kiri kanan biru dan merah kot tak silap . dengan gincunya lagi . laki tuu nampak lari lintang pukang dengan wid ligan dia sampai tengah jalan . kalah orang gila . memang dia suka cari pasal dengan mama dia . 

anak kesayangan papa . memang papa baking habes habesan lah . balik hostel pula lain jadinya . kawan dia menjerit nampak hantu pontianak bila tengok muka wid yang penuh make up tuu . siap suruh kawan kawan dekat luar mengucap baca doa habes semua baru dia percaya yang tuu wid . aiyakk . macam macam wid . pertemuan Haikal bermula pabila wid serang haikal dekat pejabat . bagi dia harap pengarah tapi janji tak kotakan . sembang nak kasi sumbangan dekat anak anak yatim . tak hairan haikal kecut perut . siap petang tuu juga dia kasi cek dekat anak anak yatim . 

sejak daripada itu dia memang mula sukakan wid . maybe wid nie jenis peramah gilaa . tuu lah susahkan . bila terlebih ramah pun susah jugak . orang anggap lain . kadang kadang sampai tersuka oh . kita pula yang rasa bersalah . hey . songsang dah ! macam terjadi dekat Iqbal . wid rapat dengan iqbal sebab nak tahu tentang adek iqbal iaitu insyirah yang selalu bercakap dia setiap kali cuti mesti pergi luar negara . minta pasport takdak . minta gambar cakap ada dekat sepupu . memang kena perli habes lah dengan wid . kalau bakal peguam tuu kau faham faham lah . semua rahsia nak dikorek . dia korek habes rahsia kakak kakak dia termasuk mama dan papa dia jugak . tapi bagi dia . kalau aibkan orang . nanti orang akan aibkan kita balik . so dia akan simpankan rahsia baik baik . 

haikal ada kekasih , nama Tasha tapi tasha curang dengan dia . terbongkar pun selepas haikal upah spy . sejak tuu dia mula sembahyang istikharah . sah ternampak wid . minah yang serang dia dulu . sejak itu dia memang akan buatkan wid sukakan dia . baru dia teringat mama dia memang nak jodohkan dia dengan wid pun minggu lepas . siap wid driff lagi kereta Gen 2 dia dekat halaman rumah sebab protes mama tak nak buka pagar . sejak tuu memang bahan lah haikal sakat dia . drift kalah lelaki . dengan laju kemain . 

itu pendapat awak Encik Haikal . jangan buang masa awak kejar saya . saya takkan jatuh cinat dekat awak punya . buatlah apa apa pun . saya tetap takkan jatuh cinta dekat awak !

awak cabar saya ke Cik Widelia ?

baiklah saya sambut cabaran awak . saya akan kejar awak selama sebulan . kalau dalam masa tuu awak tak jatuh cinta dengan saya , kita akan jadi kawan . kalau saya berjaya buat awak jatuh cinta dekat saya . kita kahwin ! setuju ?

setuju !!

dalam novel nie . gelagat bibik dia paling best . tak habes dengan Abang Posman dia . dia dengan wid kerja buat adegan hindustan . dari jauh boleh lari lari buat drama sekejap pastu menangis kemain . bibik kalau boleh menangis kalah mama wid sayangkan wid . dengan mulut dia yang sesuka hati cakap . bilik wid diubah suai sebab nak kahwin kan . katil tuu boleh bibik cakap datin suruh letakkan dalam bilik dia . katil dia pula letak atas lori nak pergi jual . dah lori jalan baru diorang tahu . mahu tak hangin datin . ambil katil mewah pula bibik nie . wid dengan papa dia pun sama jaa . suka wat adegan hindustan . 

konflik tetap ada . bagaimana wid kena rasuk buatan tasha yang mahukan haikal . suspen wei . dengan jin jantan betina . betina tuu hangin jantan dia dah mati Ustaz pancung kepala . dia seksa tasha habes habesan . baling tasha dekat meja solek . bagi makan bangkai , jarum macam macam lagi lah . dalam duk suspen pun boleh biat lawak lagi kau tahu . jin betina buat gatal dengan haikal . suruh peluk eluk eluk . haikal cakap tak dak kuasa aku nak peluk kau aih jin ooi . kau keluar daripada badan isteri aku . 

tahu sebab haikal berkahwin dengan wid ? wid pi tendang dekat junior haikal . haikal main main gempak jaa . sekali kena tendang dekat junior tuu . masuk hospital sampai boleh mati pucuk oh . melainkan wid kena bertanggungjawab balik dan ubat dekat luar negara . 

kalau aku cerita pun takdak feel pun . sebab novel nie tersangat lah best . cool cool elek . kalau 10 aku kasi 9/10 . sebab sebab aku tak puas hati kenapa tak cerita tentang keadaan kakak wid yang menderita . dan keadaan Rania yang cuba menyamar jadi kekasih Haikal dekat luar negara . sebab haikal nanak wid bencikan dia . ingat wid percaya kaa ? dia tahu haikal sayangkan dia gila gila . so dia nekad kuncikan haikal dalam bilik solat . selagi tak explain selagi tuu dia kunci . 

bila wid ada apa apa mesti cari papa . so mama merajuk . bila haikal ada masalah cari pak mentua dia . ayah dia pula merajuk . haish haish . mula teringin nanak lelaki yang romantik . tapi bukanlah yang lautan api sanggup ku redah semua tuu . menipu namanya . setakat hujan pun taknak baju basah . sekadar rasa diri dihargai dan sweet between us . aww . so sweet .